fbpx

Tindakan pelakon dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz menjadi perhatian apabila dilihat memadam semua gambar yang pernah dikongsikannya di Intagram miliknya.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada Aliff memadam atau mengarkibkan (archive) semua gambar di Instagram tersebut.

BACA: Ruhainies Disaran Cari Suami Pangkat Datuk, Tak Sepadan Dengan Aliff Aziz

Bagaimanapun, Aliff dilihar meninggalkan satu gambar dengan kapsyen mahu tampil dengan versi baru pada tahun 2025 serta menyifatkan ianya kelahiran dirinya semula.

“Ditempa dalam api, jatuh tapi tidak pernah hancur. 2025 kebangkitan diri baru. Ini adalah kelahiran semula saya,” tulisnya.

Perkongsian Aliff itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan kata-kata semangat buatnya untuk terus bangkit.

Tahun lalu, nama Aliff menjadi bualan ramai apabila ditangkap berkhalwat dengan aktres Ruhainies di kondominium mewah di Kuala Lumpur.