Berita pelakon Nur Fazura memfailkan penceraian terhadap suaminya, Fattah Amin hari ini sekaligus mengejutkan ramai pihak serta peminat pasangan itu.
Susulan berita berkenaan, Fazura dilihat ada berkongsikan hantaran terbaru dengan memuat naik gambarnya berwarna hitam putih seolah sedang berduka.
BACA: Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin
View this post on Instagram
Menerusi hantaran itu, turut disertakan kapsyen memetik kata-kata Rumi seolah tiada siapa yang mampu melakukan sesuatu untuk dirinya.
“Ini jalan kamu dan kamu sendirian, orang lain mungkin boleh hadir bersama-sama tetapi tidak ada yang akan mampu melakukan sesuatu untuk kamu (It’s your road and yours alone, others may walk it with you, but no one can walk it for you),” tulisnya.
Perkongsian Fazura itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminat yang turut terkejut dengan berita berkenaan serta mendoakan agar aktres itu terus kuat berdepan segala ujian.
Hari ini, Fazura dilapor memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.