Memang tepat, usaha itu tangga kejayaan! Sejak negara ini dilanda Covid-19, ramai di antara kita semua telah memulakan perniagaan. Dari sekecil-kecil barang sehingga lah sebesar-besar barang, semuanya dikira sebagai hasil jualan bagi menambah pendapatan harian.
Usaha adalah modal yang penting untuk berjaya dalam perniagaan. Ianya adalah pemangkin kejayaan dan penentu kemajuan sebarang jenis perniagaan. Namun, usaha sahaja tanpa ilmu tidak menjanjikan kejayaan yang luar biasa. Untuk mencapai kejayaan yang luar biasa, akses kepada kewangan yang kukuh juga memainkan peranan penting khususnya untuk memperkembangkan lagi pasaran perniagaan.
Tak Ada Modal, Tetapi Ingin Berniaga?
Sekarang ini anda tidak perlu risau, CGC kan ada!
Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai CGC adalah peneraju penyedia jaminan kredit kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS). CGC membantu PMKS, terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai cagaran yang mencukupi atau rekod prestasi untuk memperoleh akses kredit, CGC sedia membantu merealisasikan impian peniaga seperti anda di samping melengkapkan usaha Kerajaan dalam mempromosi dan membangunkan sektor perniagaan bagi menjana ekonomi negara.
Apabila anda memohon pinjaman atau sebarang kemudahan kredit lain yang dilindungi CGC, institusi pemberi pinjaman akan memproses dan membuat penilaian, kemudiannya menggariskan langkah yang perlu untuk mendapatkan pinjaman berjamin CGC atau kemudahan kredit yang diperlukan.
Jaminan CGC bertindak sebagai penjamin kepada institusi pemberi pinjaman, dan membolehkan anda mendapatkan pembiayaan berdasarkan daya saing perniagaan dan memaksimumkan nilai cagaran yang ditawarkan.
Kejayaan Produk Alluskin
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Alluskin Sdn Bhd, Nurul A’in, atau lebih dikenali di kalangan pelanggan Alluskin dan pengikutnya di media sosial sebagai Dr. Aen telah memohon BizMula-i daripada CGC pada tahun 2020 untuk mendapatkan bahan mentah bagi R&D produk terbarunya.
Dari situ, Dr. Aen mengikuti bengkel Nasihat Akses Pasaran melalui CGC Developmental ProgrammeTM. Penyertaan Dr. Aen di bengkel ini memang tepat pada masanya, kerana perniagaannya baru mula berkembang pada waktu itu. Bengkel ini memberi peluang kepada Dr. Aen untuk mengumpulkan semua sumber yang diperlukan bagi mengoptimumkan potensi perniagaannya
Bengkel yang disertai oleh Dr. Aen ini merangkumi pelbagai bengkel antaranya Pemasaran Digital, E-Dagang dan Penjenamaan.
Bengkel Yang Membantu Dr. Aen Memperolehi Pengetahuan Untuk Memajukan Perniagaan Alluskin
Siri bengkel CGC Developmental ProgrammeTM memberi Dr. Aen pendekatan untuk memajukan diri dan perniagaannya dengan praktikal melalui pelaksanaan yang merangkumi teknik dan langkah untuk memasarkan produk secara digital, copy writing, penjenamaan peribadi dan sebagainya.
Sewaktu temubual kami bersama Dr. Aen, beliau menceritakan serba sedikit mengenai teknik Copy Writing melalui media sosial, salah satu strategi penting dalam komunikasi perniagaan.
Setelah menghadiri Bengkel Copy Writing dari CGC Developmental ProgrammeTM pada bulan Julai lepas, Dr. Aen berjaya meningkatkan pengetahuan dan teknik serta segera menerapkannya melalui kempen jualan pada bulan Ogos 2021 menerusi saluran e-dagang.
Hasilnya, semasa Kempen Penjualan 8.8, Alluskin berjaya mengutip jualan sehingga ke 6 angka dalam tempoh 1 hari.
Menurut Dr. Aen, dalam perniagaan, perkara yang penting adalah mengenalpasti target pasaran dan pelanggan. PMKS harus sentiasa membina kepercayaan melalui pendidikan dan perkongsian pengetahuan mengenai faedah produk.
Teknik Copy Writing yang berkesan melalui saluran media sosial banyak membantu memposisikan produknya sebagai pilihan terbaik di pasaran. Dr. Aen percaya bahawa interaksi dan perkongsian yang konsisten dengan pengikut di media sosial serta sentiasa menjaga kredibiliti yang baik adalah kunci untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan terhadap sesuatu produk. Ia akan menarik pelanggan tanpa penjualan secara paksa.
Alluskin Bakal Mengorak Langkah ke Pasaran Indonesia
Hasil pembelajaran Dr. Aen dari bengkel CGC Developmental ProgrammeTM ianya telah banyak membantu PMKS ini, sehingga produk beliau bakal menembusi pasaran Indonesia.
Buat masa ini produk Alluskin telah dipasarkan di seluruh negara, Brunei dan Singapura.
Betul kata orang, bila kita berilmu, kita akan lebih berjaya. Kalau nak berniaga dengan jaya, kita perlu sabar untuk meraih kejayaan.
Bagi anda yang masih belum bersedia dan memikirkan jalan untuk berjaya dalam perniagaan, jom tambah ilmu dengan CGC Developmental ProgrammeTM. Macam-macam ilmu yang anda boleh perolehi.
Bak kata Dr. Aen, apa sahaja perniagaan yang anda usahakan, anda mesti tahu keunikan produk anda. Penyelidikan yang terperinci boleh membantu anda menyusun strategi dan memasarkan produk anda dengan sebaik mungkin di kalangan pengguna. Raih ilmu sebanyak yang boleh dan praktikkan apa yang telah dipelajari.
Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai CGC Developmental ProgrammeTM di https://imsme.com.my/portal/cgc-developmental-programme/ atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan CGC di talian 03-78800088 atau e-mel ke [email protected].