fbpx

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai rumah tangga penyanyi Hafiz Suip apabila dia menyahaktifkan akaun Instagram miliknya sekaligus menjadi bualan ramai.

Sementara itu, menerusi perkongsian di TikTok, Hafiz meminta orang ramai tidak membuat spekulasi tanpa tahu tentang cerita sebenar serta tida masuk campur dalam isu rumah tangganya.

BACA: Hafiz Suip Akui Imej Rambut Hijau Hanya Gimik

“Korang (netizen) tak kenal aku jadi korang jangan sembanglah macam korang kenal aku sangat. Ini siaran langsung saya, suka hatilah saya nak cakap apa. Korang tak suka, jangan follow aku,” katanya.

Sementara itu, Hafiz berkata dia terhibur apabila terbaca satu komen mendakwa dia bercerai kerana dikatakan mengabaikan tanggungjawab.

“Saya ada terbaca satu komen yang kakak ini berkata dia bercerai sebab laki dia abaikan dia. Saya rasa kelakar dengan komen dia.

“Kau nak cerita apa sebenarnya kak? Kau nak cerita aib kau, tak payah.. Orang tak nak tahu.. Sibuk nak jadi cikgu nak ajar orang,” katanya.

Sebelum ini, Hafiz meluahkan rasa rindu terhadap kedua-dua anak lelakinya, Muhammad Riyadh Zafri, dan Muhammad Alkaf Zayne. Bagaimanapun, tanda pagar perkongsian tersebut #janganmainapi yang dikongsikan oleh Hafiz menjadi tanda tanya netizen.

SUMBER: Xtra