Individu Dakwa Ebit Lew Mungkir Janji, Caprice Minta Belajar Dari Mondy

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila seorang individu mendakwa pendakwah terkenal, Ebit Lew memungkiri janji untuk membantu keluarganya.

Individu itu mendakwa pendakwah itu telah menyewakan sebuah rumah dan berjanji untuk menanggung sewa termasuk bil api dan air selagi masih hidup.

BACA: Jadi Gelandangan Lepas Dihalau Dari Rumah Sewa, Individu Dakwa Ebit Lew Mungkir Janji?

Bagaimanapun, individu itu mendakwa pendakwah tersebut tidak lagi berbuat demikian sehingga mereka sekeluarga dihalau keluar rumah sewa berkenaan dan menjadi gelandangan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Pendedahan individu itu mendapat reaksi daripada selebriti kontroversi, Caprice yang meminta individu tersebut tak bergantung dengan bantuan semata-mata.

Caprice berkata jika diberikan tubuh badan yang sihat sehingga boleh menulis di Facebook, Caprice mencadangkan individu itu untuk mencari kerja.

Malah, Caprice turut meminta individu berkenaan belajar daripada daripada seorang influencer Indonesia yang pernah tular sebelum ini iaitu Mondy Tatto.

Menurutnya, Mondy pernah dibantu Ebit Lew telah pun pulang ke kampung halamannya di Indonesia dan memiki perniagaannya sendiri dipercayai kedai makan.

×