Tempoh hari tersebar gosip mengatakan Indah Ruhaila bermain cinta dengan jurulatih peribadinya ketika sedang bertunang dengan kekasihnya. Kini timbul pula berita beliau putus tunang, dan orang ramai mula mendakwa hal itu berpunca dari hubungannya dengan PT terbabit.

“Gosip yang mengaitkan saya dengan PT (personal trainer) itu tidak benar dan ia tidak ada kena mengena dalam hubungan saya dengan tunang. Kalau nak diceritakan dari mula apa yang terjadi dengan hubungan ini, ia takkan habis. Orang boleh cakap apa saja, lebih baik saya berdiam diri”


“Saya tak boleh buat sebarang kenyataan buat masa ini sebab banyak perkara hendak diselesaikan dulu. Bukan pasal saya seorang, tetapi banyak hati perlu dijaga. Apabila perkara seperti ini terjadi, ia membuatkan saya sangat tertekan. Saya perlukan sedikit ruang untuk selesai masalah ini,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai perkara itu.

Pun begitu Indah tidah berputus asa dan masih ingin cuba menyelamatkan pertunangan beliau. Namun pada ketika ini Indah enggan membuat sebarang kenyataan kerana menjaga hati banyak pihak berhubung isu ini. Dalam masa sama, Indah memohon diberikan masa untuk menyelesaikannya.

Apapun diharap gosip liar yang tersebar itu tidak benar sama sekali dan semoga Indah dapat menyelesaikan masalahnya dengan tunang semoga perkahwinan masih dapat diteruskan. (rtky/w)