fbpx

Ina Naim Mimpi Jumpa Suhaimi Saad, Wajah Arwah Bersih & Bercahaya

Hampir enam bulan pemergian arwah suaminya, penyanyi Ina Naim mendedahkan dia pernah bermimpi bertemu Suhaimi Saad.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Ina berkata selepas mimpi dia bangun dari tidur dengan rasa gembira dan tidak sedih.

BACA: “Ada Duit RM100, Arwah Akan Sedekah RM50, Kadang-Kadang Bagi Je Semua” – Ina Naim

“Saya ada mimpi arwah. Mimpikan dia sangat seronok dan saya tidak sedih. Semua mimpi tentang dia, apabila bangun tidur saya senyum saja,” katanya.

Difahamkan, Ina berkongsikan perkara itu selepas ditanya oleh pengikutnya. Kata Ina lagi, dalam mimpi tersebut di melihat wajah arwah suaminya sangat bersih dan bercahaya.

“Saya mimpi dia dah tiga kali dalam keadaan yang sama di meja makan. Ada air kemudian dia tundukkan muka dan senyum.

“Muka dia sangat bersih, putih bercahaya dan dekat pipi dia timbul urat-urat warna hijau. Saya rasa adia sangat selesa dekat sana, apabila saya terjaga dari tidur saya akan bacakan doa untuk hilang rindu,” katanya.

Terdahulu, Suhaimi menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Ismail pada 15 November tahun lalu akibat jangkitan kuman di paru-paru.

SUMBER: mStar Online