fbpx

Nampaknya ramai yang teruja apabila isteri kepada penyanyi nasyid, Suhaimi Saad iaitu Ina Naim kembali aktif di media sosial apabila membuka akaun TikTok.

Baru seminggu membuka akaun tersebut, apa yang menjadi perhatian ramai apabila Ina memuat naik video sedang bermain boling. Menerusi video tersebut, Ina dilihat berbaju kurung menunjukkan aksinya membaling bola ke arah ten-pin boling.

BACA: 15 Tahun Kahwin, Suhaimi Saad Sentiasa Angau Dengan Ina Naim

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang melihat kehidupan penyanyi itu dilihat sentiasa bahagia.

Malah, ada yang mengatakan meskipun suaminya sering dikecam, namun ibu kepada empat cahaya mata itu tetap tenang dan tabah.

Namun, video tersebut menimbulkan tanda tanya netizen yang mempersoalkan sama ada Ina sudah menerima vaksin Covid-19 kerana boleh masuk ke premis berkenaan.

Diruangan komen, Ina dilihat ada membalas komen daripada netizen berkenaan dengan mengatanya semua dengan izin Allah.

Bagaimanapun, ada yang mengatakan tindakan mereka itu tidak membahayakan orang sekeliling sebaliknya mereka yang terdedah dengan risiko virus berkenaan kerana menolak vaksin.

Terdahulu, Suhaimi terpalit dengan kontorversi menolak vaksin serta pernah membuang ubat hospital. Malah, Suhaimi juga mempunyai alasan tersendiri sebab mengapa dia memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah.