fbpx

Imej Semakin Seksi, Eyka Farhana Selesa Jadi Diri Sendiri

Sebelum ini pernah ditegur peminat kerana dikatakan berpakaian terlalu seksi, bagaimanapun pelakon Eyka Farhana berkata dia lebih selesa menjadi diri sendiri.

Menurut Eyqa lagi, dia memilih cara penampilan mengikut keselesaan dan bukan kerana kehendak orang. Malah, katanya lagi penampilannya tidaklah terlalu seksi.

BACA: Eyka Farhana Dikecam Seksi, Netizen Nak Sedekah Baju Tutup Aurat

“Rasanya saya tidaklah terlalu seksi sehingga menampakkan lurah. Saya masih tahu untuk menjaga penampilan.

“Jika dilihat di media sosial, ramai lagi yang berpakaian lebih seksi. Saya memilih pakaian mengikut keselesaan sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon berusia 27 tahun itu berkata dia juga tidak mahu bersikap hipokrit dan lebih selesa menunukkan dirinya sebenar dia media sosial.

“Saya tak mahu bila ada yang jumpa saya depan-depan mereka katakan imeh saya berbeza berbanding di media sosial. Lebih baik saya jadi diri sendiri. Lagipun peminat kenal siapa saya dan mereka boleh faham,” katanya.