fbpx

Imej Heliza Helmi Di Majlis Resepsi Bollywood Dipuji Sopan, Tak Over

Selepas dua minggu bergelar pasangan suami isteri, Datin Seri Heliza Helmi dan suaminya, Datuk Seri Mahadi BZ sekali diraikan dalam majlis resepsi sebelah pihak lelaki di Penang pula.

Lebih menjadi perhatian, majlis resepsi kali ini bertemakan Bollywood. Pasangan itu dilihat segak dan cantik dengan busana berwarna merah.

BACA: “Wallahi, Saya & Heliza Tak Pernah Bercinta Sebelum Kahwin”

Momen majlis resepsi itu turut dikongsikan oleh seorang pereka fesyen tanah air, Eja Shahril di aplikasi TikTok miliknya.

Menerusi video dikongsikan, pasangan itu tetap diraikan dengan alunan selawat ke atas nabi ketika memasuki dewan dengan kehadiran kenalan dan ahli keluarga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ?â?ã? ?á¥ä?î (@farahhhh.96)

Rata-rata netizen memuji penampilan Heliza yang tetap sopan dan tidak perlu berlebihan namun tetap kelihatan cantik meskipun bertemakan bollywood.

Terdahulu, pasangan itu bernikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Pada majlis pernikahan itu, Heliza menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran.