fbpx

Ibu Syamsul Yusof Tak Anggap Kazar Sebagai Besan

Susulan pengakuan Syamsul Yusof yang sudah pun bernikah dengan Ira Kazar di Thailand, ibu kepada pengarah itu iaitu Datin Patimah Ismail mengatakan tidak merestui perkahwinan tersebut.

Terbaru, komen Datin Patimah menjadi perhatian apabila menegaskan dia dan suami tidak berbesankan Kazar Saisi.

BACA: “Kami Tak Akan Maafkan Kazar Bantu Anaknya Kahwin Dengan Syamsul” – Ibu Syamsul Yusof

Datin Patimah meninggalkan komen tersebut di Instagram laporan mStar mengenai berita tentang suaminya dan Kazar.

“Besan kami Encik Megat Kamaruddin bukan dia,” tulisnya.

Perkongsian Datin Patimah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyokong tindakannya itu serta memuji isteri pengarah terkenal itu membela nasib menantunya, Puteri Sarah.

Sebelum ini, Datuk Yusof Haslam berkata tiada keperluan untuk dia bersemuka dengan besannya, Kazar Saisi berhubung pernikahan anak mereka, Syamsul Yusof dan Ira Kazar.