fbpx

Ibu Puteri Balqis Sewakan Rumah Untuk Gelandangan

Sudah lama tidak mendengar khabar Puteri Balqis, terbaru ibu pelakon cilik tersebut iaitu Norashikin Mohd Aziz bersyukur mereka masih dapat meneruskan kehidupan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Norashikin, meskipun dalam tempoh PKP namun buku puisi Puteri Balqis masih mendapat sambutan. Katanya lagi, dia juga tidak menyangkakan buku anaknya itu masih terjual seperti biasa meskipun di saat-saat genting ini.

BACA: Ibu Puteri Balqis Nafi Dapat RM100,000, Terkilan Difitnah

“Kami bersyukur buku masih terjual macam biasa. Tidak jangka juga ada yang terus membeli. Seperti biasa, saya akan hantarkan kecuali jika ia membabitkan kawasan zon merah Covid-19.

“Sekarang pun Balqis sedang menyiapkan buku puisi versi bahasa Melayu pula. Doakan semoga usaha ini permudahkan,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Norashikin berkata makan minum mereka cukup sepanjang tempoh PKP ini dan dia mengamalkan sikap berjimat cermat. Malah, hasil jualan buku itu membolehkan dia menyewa sebuah rumah pangsa bagi menempatkan enam orang gelandangan.

“Syukur, semua cukup. Makan apa yang ada dan berjimat. Ada enam orang termasuk seorang mualaf. Saya sewakan sementara sebab semua tidak ada tempat. Mereka itu gelandangan yang kami memang kenal. Itu saja cara kami nak balas jasa peminat Aqish (Balqis). Ini pun rasa tak terbalas rasanya,” katanya.