Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli meminta netizen lagi tidak memperkatakan mengenai rumah tangga bekas pasangan selebriti, Fazura dan Fattah Amin.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Iqbal berkata dia tidak berani untuk menilai mengenai rumah tangga orang lain kerana bimbang ahli keluarganya akan diberikan ujian sedemikian.
BACA: Iqbal Zulkefli Cari Komposer Lagu Raya Tapi Bajet Cuma RM200,000
Menurut Iqbal lagi, ibu bapanya yang sudah berkahwin selama 30 tahun dan mempunyai 8 orang cahaya mata juga turut berakhir dengan perceraian.
Sementara itu, Iqbal berkata Fazura dan Fattah mempunyai keperibadian yang baik dan tidak sepatutnya dilempar dengan kata makian apabila mereka diuji.
Dalam pada itu, Iqbal berkata dia sedih dengan sikap netizen yang berkata-kata seolah mereka mengenali kedua pelakon itu sedangkan apa yang dipaparkan di media sosial bukanlah kehidupan sebenar.