fbpx

Ibu Akim Ahmad Meninggal Dunia

Tidak tergambar kesayuan dan kepiluan seorang anak apabila kehilangan ibu tercinta. Akim Ahmad berkongsi bersama peminat tentang berita pemergian ibunya dengan kapsyen yang sungguh menyentuh perasaan.

BACA: Stacy, Akim Ahmad Dedah Wajah Anak

“Innalillahiwa inna ilaihi roji’un. Dukacita saya ingin maklum ibu saya Aminah bt Bahari telah kembali ke rahamtullah sebentar tadi. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah. Amin yarabbal alamin”

“Ibu tenang ye kat sana, insha-Allah akim akan kirimkan apa sahaja untuk ibu. Ibu rehat ye,” tulisnya di laman sosial tersebut.

Selain rakan selebriti, peminat turut tidak ketinggalan mengutus salam takziah buat penyanyi yang juga suami kepada Stacy Anam ini. Mungkin Akim nampak tenang tapi anak mana yang mahu kehilangan ibu tercinta, bukan? Semoga Akim dan keluarga tabah menghadapi hari mendatang. (rtky/s)