fbpx

Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit Berjaya Kutip RM4 Juta Dalam Seminggu

Sebelum ini Mamat Khalid amat sinonim dengan filem pecah panggungg iaitu Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) yang berjaya menerima kutipan ketiga paling tinggi sepanjang tayangan pada tahun 2010.

Kini Mamat Khalid kembali sekali lagi dengan filem Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit dengan jalan cerita yang lebih segar dan berbeza daripada Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Berjaya mengaut kutipan sebanyak RM4 juta sepanjang seminggu ditayangkan, filem ini dijangka bakal mengulangi sejarah filem pecah panggung kedua bagi pihak Mamat Khalid dan penerbitnya, Tayangan Unggul.

Sebelum ini, HKLBR berjaya mengutip sebanyak RM 7.90 juta sepanjang tempoh tayangan di pawagam seluruh negara.

Pada mereka yang belum sempat menonton filem Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit ianya masih lagi ditayangkan.