Selain pasangan Norman Hakim dan Abby Abadi, pasangan Engku Emran dan Erra Fazira juga menjadi perhatian kerana hubungan baik mereka biarpun sudah berpisah. Malah kegembiraan mereka turut terserlah ketika meluangkan masa bersama ditemani isteri baru Emran, Laudya Cynthia Bella.
BACA: Keakraban Bella, Erra Fazira Curi Perhatian
“Masyallah, mereka suka? Alhamdulillah saya memang sangat menjaga hubungan silaturahim ini. Lagipun, saya pula tiada teman yang ramai disini. Hubungan kami bagai adik dan kakak. Lagipun Erra adalah emak Aleesya dan dia juga memanggil saya Bunda”
“Alhamdulillah saya bersyukur kerana saya punya teman untuk saling berkongsi cerita. Itu yang membuat kami semakin rapat. Saya sedar Erra pelakon terkenal bahkan saya ada menjadikannya rujukan. Tapi hubungan kami lebih bersifat peribadi bukan kerjaya,” katanya kepada Media Hiburan.
Bukan senang mahu menjaga hubungan seumpama ini malah ramai yang memuji pasangan ini kerana kagum dengan keakraban mereka. Kalau lihat di media sosial, masing-masing tidak keberatan berkongsi gambar bersama, apalagi berkongsi kasih sayang anak, Alessya.
Apapun memang suka tengok gambar mereka luang masa bersama. Nampak kebahagiaan mereka walaupun masing-masing sudah membawa haluan masing-masing. Semoga mereka terus bahagia dengan silaturahim sekarang. (rtky/w)