Pelakon Elfira Loy berkata dia mengakui paling takut dengan penyakit ain disebabkan rasa cemburu seseorang.

Menerusi podcast Sembang Seram, Elfira berkata  dia awalnya dia tidak percaya dengan kewujudan penyakit itu kerana dia percaya dengan kekuasaan Allah.

BACA: “Mereka Nak Jadikan Saya Puteri Mereka” – Elfira Loy Sengsara Diganggu Bunian

“Macam cemburu yang sangat mendalam, you akan sakit. Macam dulu, saya tak percaya… saya macam kenapa kita nak percaya pada penyakit ain.

“Bukan tak percaya tapi macam kalau percaya tu macam lima persen pada ain, 10 persen lagi tinggi saya percaya kuasa Allah. Saya tahu Allah ada untuk lindungi kita,” katanya.

Tambah Elfira lagi, dia mendedahkan pernah terkena pernyakit tersebut sehingga membutkan dirinya jadi lemah serta turut mengganggu hubungannya dengan suami.

“Sebenarnya tanpa kita buat apa-apa, tapi kalau ada seseorang tu ada rasa cemburu yang sangat pada kita, kita boleh kena penyakit ain.

“Saya pernah kena penyakit ain. Saya jadi malas, jadi lemah, marah, nanti hubungan dengan suami tak best. Nasib baik saya selalu sakit, saya akan jumpa orang yang betul untuk rawat jangan biar berlarutan,” katanya.

×