Konsert TsuMAWI Live In Kuala Lumpur yang sepatutnya dijaualkan berlangsung pada 25 Januari depan ditunda kepada Julai depan.
Perkara itu dimaklumkan oleh pihak penganjur Showtag Asia menerusi Instagram milik mereka pada Ahad lalu.
BACA: Fenomena Tsumawi, Mawi Dedah Pernah Dikawal 40 Bodyguard
View this post on Instagram
Dalam kenyataan itu, Showtag Asia memaklumkan keputusan itu diambil kira berdasarkan situasi semasa serta bagi menghormati peminat dari negeri-negeri yang terkesan akibat bencana banjir.
“Kami memahami kesukaran dihadapi oleh masyarakat ketika ini dan atas dasar keprihatinan serta keutamaan terhadap keselamatan dan kesejahteraan semua pihak, konsert ini diputuskan untuk ditangguhkan,” katanya.
Dalam pada itu, keputusan itu juga dapat memberi ruang buat pihak penganjur melakukan persiapan lebih rapi bagi memberikan konsert terbaik kepada peminat.