Pernah tak korang stress bila nak pindah gambar dari iPhone ke laptop Windows? AirDrop memang heaven kalau semua guna Apple, tapi bila masuk dunia realiti – satu device Apple, satu lagi Android atau Windows, tiba-tiba semua jadi complicated.
Paling renyah apabila korang kena upload ke cloud lah, Telegram lah, email sendiri lah… Banyak kerja dan ambil masa.
Bila iOS, Android & Windows finally boleh “berbual” dalam satu laptop – hidup jadi jauh lebih mudah!
Tapi jangan stress dulu, sekarang ni masalah tu ada penyelesaiannya. HONOR baru je lancarkan laptop baru dia iaitu HONOR MagicBook Pro 14. Dan apa yang buat ramai excited ialah satu benda ni: HONOR Connect.
Dengan HONOR Connect, korang boleh transfer fail dari iPhone ke laptop Windows HONOR dengan mudah, tanpa sebarang third-party app susah. Just install je app HONOR Connect kat iPhone atau iPad korang, terus boleh hantar gambar, video, dokumen. Dua hala pula tu!
Untuk pengetahuan korang, HONOR ialah brand pertama luar China yang berjaya bawa ciri cross-OS transfer ni keluar ke market global.
Kiranya korang boleh move files dari iOS ? Android ? Windows macam tak ada barrier. Smart sangat untuk student, content creator, ataupun sesiapa je yang guna banyak device tapi nak semuanya connect dengan smooth.
Tak Besar, Tapi Padu – Bateri Tahan, Caj Laju, Kerja Jalan Terus!
Dan itu baru part software. Dari segi performance pula, HONOR MagicBook Pro 14 ni memang tak main-main. Walaupun ringan gila iaitu cuma 1.37kg dan super nipis, 15.9mm je, dia ada bateri paling besar dalam kelas laptop 14 inci, iaitu 92Wh.
Korang boleh guna sampai 12 jam straight, tak kisahlah nak layan kelas online ke, edit video ke, Netflix and chill ke, semua steady. Curlassss!
Nak cas pun sekejap je gais, sebab dia support 100W HONOR SuperCharge. Dalam 30 minit dah 47%, dan full charge dalam masa lebih kurang sejam je. Wah, power betul ni.
Boleh Layan Gaming & Kerja Berat, Tapi Tak Panas Langsung
Bukan tu je, untuk korang yang buat kerja berat macam edit video, main game berat, atau run software design, laptop ni ada mode 65W Performance yang memang ngam.
Lagi power, tapi tak panas sebab cooling system dia pun upgraded dengan teknologi triangle wing fins yang bantu kurangkan panas secara senyap dan efisien.
Design Aesthetic, Warna Putih Premium – Memang Eye-Catching Gila!
Dan untuk yang pentingkan rupa paras (yes, I see u), laptop ni datang dengan warna putih pearl yang memang aesthetic gila.
Surface dia ada finishing macam kaca mewah, lembut bila pegang, dan bila korang letak atas meja pergh serious nampak mahal. Nak buat kerja pun rasa bersemangat! Bolehlah nak ambil gambar acah-acah terpaling buat kerja letak dalam Instagram korang tu. Ahaks.
Harga Berbaloi, Hadiah Pun Banyak – Siapa Cepat Dia Dapat
HONOR MagicBook Pro 14 ni mula dijual 13 Jun 2025, dengan harga RM4,999.
Yang bestnya, korang bukan setakat dapat laptop je. HONOR bagi sekali Microsoft 365 Personal, langganan setahun yang dah siap pre-installed, dan juga backpack eksklusif HONOR dengan total nilai hadiah lebih RM508.
Dengan spek padu (32GB RAM + 1TB SSD), design yang slim dan cantik, serta kebolehan connect merentas semua sistem, jujur cakap inilah laptop yang memang berbaloi untuk korang yang nak style dan power dalam satu device.
Kalau korang tengah cari laptop baru yang ringan, laju, dan paling penting boleh ngam dengan semua device korang, this is it.
Jangan tunggu sampai habis stok, pergi usha sekarang kat www.honor.com/my. Laptop ni bukan setakat untuk kerja, tapi untuk gaya hidup korang juga. #LaptopCunUntukSemua