fbpx

Pada tahun ini kita telah melihat banyak inovasi yang dilakukan pada telefon pintar kan? Memang tidak dinafikan telefon pintar kini menjadi teman rapat kita.

Anda boleh tengok sendiri, di mana-mana sahaja pasti kita akan ‘terpaku’ pada telefon pintar kita. Dah memang jadi satu keperluan buat kita. Pilih je mana satu pilihan hati. Macam-macam ada!

HONOR 70 Icelandic Frost X Touch ‘n Go

Baru-baru ini, HONOR Malaysia mengumumkan kedatangan warna baru HONOR 70, Icelandic Frost hasil kerjasama bersama Touch ‘n Go.

Kalau anda tengok keluaran terbaharu kolaborasi antara HONOR 70 dan Touch ‘n Go ini pasti membuatkan jiwa anda tak keruan! Bukan warnanya je yang cantik, malah spesifikasi telefon pintar ini juga membuatkan anda tak pandang yang lain dah. Pasti jatuh cinta!

Dengan spesifikasinya yang terpaling awesome dan teknologi yang semakin moden, kami pasti telefon pintar ini akan menepati citarasa anda yang sentiasa up-to-date tu.

Malah telefon pintar ini juga akan menjadi yang tercantik dan tercanggih yang anda dapat lihat sepanjang tahun ini. Confirm jadi ‘barang panas’ di pasaran bulan ini!

Kolaborasi Terhebat & Bersejarah!

Disebabkan permintaan tinggi dan kekurangan cip global, kad NFC habis dijual dengan cepat di kalangan rakyat Malaysia.

Jadi, kerjasama HONOR 70 dan Touch ‘n Go ini bertujuan untuk menangani isu terbesar Malaysia iaitu kekurangan kad NFC dan juga menjadi salah satu peranti yang dapat menyelesaikan masalah sukar untuk mengambil gambar dalam cahaya malap / gelap.

Ini merupakan kolaborasi terhebat dan kejayaan bersejarah gais. Anda bayangkan lah HONOR Malaysia sebagai jenama luar negara pertama bekerjasama dengan jenama tempatan kita. Fuh, gempak kan!

Apa yang menariknya untuk edisi ini, anda akan dapat HONOR 70 Icelandic Frost beserta kad Touch ‘n Go NFC edisi terhad, dengan warna sama dengan Icelandic Frost bersama nombor 70 dan logo HONOR padanya. Wow, betul-betul menarik ni!

Set Hadiah Edisi Terhad HONOR 70 X Touch ‘n Go

Paling gempak, mereka turut melancarkan Set Hadiah Edisi Terhad HONOR 70 X Touch ‘n Go! Jarang-jarang gais jenama telefon buat set hadiah edisi terhad ni. Kalau anda buat pembelian HONOR 70 ini, anda akan menerima:

1 x HONOR 70 Icelandic Frost
1 x Kad Touch ‘n Go
1 x Touch ‘n Go RFID
1 x Sarung pelindung dengan pemegang kad
1 x Gelang pintar HONOR Band 6
Lanjutan jaminan tahun kedua

Gila padu kan? Siapa tak nak weh dapat hadiah percuma je. Kalau anda nak tahu, harga bagi kesemua lima item ini sama nilainya dengan sebiji HONOR 70, iaitu bernilai RM1,999 tau! Untung banyak lah siapa yang beli telefon pintar ni nanti, ahaks.

Warna Yang Unik

Kalau anda perasan, warna HONOR 70 Icelandic Frost ini sangat unik. Ianya kombinasi dengan warna gradien biru, kuning dan merah jambu. Kalau anda tengok daripada sudut berbeza, warnanya akan berubah-ubah, terutama dibawah cahaya. Serius cantik betul! Memang wajib untuk anda miliki.

Selain itu, telefon pintar ini juga dilengkapi dengan AG Glass anti-calar dan cap jari, berserta cengkaman pegangan yang baik.

HONOR 70 Kamera Terbaik Dibawah RM2,000

Bukan itu je, HONOR 70 Icelandic Frost turut dilengkapi dengan tampilan kamera utama Super Sensing 54MP F1.9 yang menggunakan sensor Sony IMX800. Ini benda pertama yang ada di telefon pintar tau gais.

Dengan harga dibawah RM2,000, memang sangat berbaloi untuk anda miliki.

HONOR 70 Icelandic Frost ini juga mempunyai kamera ultra lebar 50MP F2.2 dan kamera potret 2MP F2.4! Berbeza dari telefon pintar kebanyakan dengan linkungan harga yang sama yang biasanya menawarkan kamera ultra lebar 8MP, atau 12MP sahaja.

Night Portrait

Macro Camera

Istimewanya kamera ini membolehkan anda menangkap lebih banyak cahaya serta menghasilkan gambar lebih terang dan terperinci dalam suasana gelap. Hah, lepas ni tak tak kisah dah kalau duduk dalam gelap tu. Pasti gambar anda mantap!

Dapatkan Segera!

Dah, anda jangan teragak-agak lagi. Dengan keupayaan pengimejan yang mantap, reka bentuk bergaya dan ringan, hayat bateri yang panjang serta pengecasan pantas, inilah telefon pintar dalam range harga terbaik yang anda impikan selama ini.

Dapatkan segera bersama Set Hadiah Edisi Terhad sebelum kehabisan stok. Anda boleh dapatkan bermula 28 Oktober 2022 di semua HONOR store, pengedar sah terpilih, laman web rasmi HIHONOR.COM, Shopee & Lazada. *Siapa cepat dia dapat! Tekan LINK!