Hisyam Hamid ‘Video Call’ Dengan Anak Perempuan Jadi Perhatian

Minggu lalu, pelakon Hisyam Hamid mengesahkan sudah pun bercerai dengan isterinya, Rosmawati selepas 18 tahun mendirikan rumah tangga.

Hisyam bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh perceraian mereka serta mengakui selesan menjalin hubungan baik dengan bekas isterinya itu.

BACA: “Setiap Kekecewaan Membawa Rahmat Yang Tersembunyi…”- Bekas Isteri Hisyam Hamid

@hisyamhamid77

Me trying to keep up…. ? #hisyamhamid #fatherdaughter

? ????? ?? ?????? – ???????

Baru-baru ini, tular video dikongsikan di TikTok milik Hisyam memaparkan pelakon itu sedang membuat panggilan video bersama anak perempuannya dengan kapsyen,”Me trying to keep up! #fatherdaughter”.

Menerusi video itu, Hisuam dilihat melakukan mimik muka comel serta gaya lucu ketika video call dengan anak daranya itu.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kecantikan anak gadis pelakon tersebut. Tidak kurang juga, ramai yang mengucapkan selamat datang ke TikTok kepada Hisyam.

Untuk rekod, Hisyam mendirikan rumah tangga dengan Mel pada 2006. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15 tahun.

×