fbpx

Siapa yang tidak gelabah kalau perniagaan yang diusahakan mula merudum akibat daripada pandemik yang melanda negara?

Memang tidak dinafikan ramai usahawan yang ‘mengeluh’ dan tidak tahu mana arah yang patut mereka tuju. Semua jadi serba tak kena.

Kredit imej: Kosmo Digital

Malah ada juga usahawan yang terpaksa tutup kedai akibat penularan wabak COVID-19 ini. Ye lah tiada pelanggan yang boleh walk-in ke kedai ketika itu, siapa je yang nak beli barang yang ada. Betul tak?

Ramai Usahawan ‘Buka Mata’

Yang pastinya semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)sepanjang dua tahun pandemik melanda menyebabkan beberapa aktiviti ekonomi lumpuh.

Kredit imej: Malaysia Dateline

Tetapi ada ‘hikmah’ juga daripada wabak penularan COVID-19. Ramai usahawan mula ‘buka mata’ dan mencari peluang baharu dan meneroka strategi baharu untuk menjalankan perniagaan agar tidak terus ‘gulung tikar’!

Selain perniagaan sedia ada secara fizikal, mereka mula beralih kepada pemasaran produk secara online atau digital. Jangan tak tahu, bukan sahaja usahawan ‘senior’ yang buat malah usahawan ‘junior’ yang baru menapak pun mula menggunakan kaedah sama bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Dah tiada lagi istilah buta IT, malah sekarang ini ramai usahawan yang pandai berniaga secara dalam talian tau. Nak pula sekarang ini, orang kita ‘asyik’ dengan telefon sahaja, jadi tidak hairanlah ramai yang lebih suka membeli secara dalam talian!

Langkah ‘Berani’ Kerajaan Bantu Usahawan

Salah satu langkah ‘berani’ yang kerajaan buat bagi merancakkan lagi sektor ekonomi negara adalah dengan memperkenalkan Skim Geran Pendigitalan PKS dalam Bajet 2022. Menarik!


Untuk info anda, Geran Pendigitalan PKS atau Perniagaan Kecil dan Sederhana ini adalah inisiatif untuk membantu PKS mengguna pakai perkhidmatan pendigitalan dalam operasi perniagaan harian mereka. Ia sangat membantu perniagaan terutama ketika mereka melalui musim pandemik.

Geran padanan berjumlah 50% sehingga RM5,000 ini telah disediakan bagi setiap syarikat PKS yang layak bagi langganan perkhidmatan pendigitalan untuk meningkatkan daya persaingan dan produktiviti perniagaan mereka.

Apa yang menariknya, tiada yuran dikenakan malah sejak diperkenalkan dalam Bajet 2022, ramai usahawan dapat dibantu. Pilihan boleh dibuat antara lima bidang perkhidmatan digitalisasi yang disediakan geran ini:
a. E-dagang
b. Sistem sumber manusia dan Payroll
c. Sistem perakaunan
d. Pemasaran Digital
e. Sistem Electronic Point of Sales dan Payment Gateway

“Kita Semua Keluarga Malaysia” – Louise Chu

Salah seorang penerima Bantuan Skim Geran Pendigitalan PKS ini adalah Puan Louise Chu, pengasas Claire Organics, barangan kulit semula jadi.

Menurut beliau, inisiatif ini amat membantu dalam mengembangkan perniagaannya secara digital. Akuinya, dengan skim ini, perniagaannya mula tampak sinar harapan.

Tambahnya lagi, perniagaan yang diusahakannya itu kini berkembang maju melalui saluran digital sebagai e-commerce. Media sosialnya juga turut mula dikenali ramai.

Anda boleh tonton sendiri kisahnya sekarang agar dapat memberikan inspirasi kepada anda!

#Bajet2023
#KeluargaMalaysia
#MakmurBersama