Sebut saja nama Shuk Sahar, sememangnya pelawak itu dikenali ramai apatah lagi pelbagai kontroversi termasuk isu rumah tangga serta kisah kecurangannya.
Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini Shuk dilihat menyepi dan kurang aktif di media sosial.
BACA: Isteri Shuk Sahar Kongsi Video Dipujuk Rayu, Baru Je Nak Mula Hidup Baru
Baru-baru ini, perkongsian Shuk di Insta Story menjadi perhatian ramai apabila memuat naik status seakan menegur seseorang.
Namun tidak dapat dipastija kenyataan itu ditujukan kepada siapa.
Hasil tinjauan mendapati, posting terakhir Shuk lebih banyak bersama rakan-rakan dan membuat konten nasihat untuk memberi pengajaran.
Terdahulu, perkongsian isteri Shuk iaitu Rossa menjadi bualan apabila mendedahkan mesej dan panggilan telefon tidak berjawab dipercayai daripada pelawak itu.
Diruangan komen, rata-rata netizen menasihati Seera agar tidak termakan dengan pujuk rayu lelaki tersebut dan meneruskan kehidupan baru.
Namun, Serra menjelaskan perkongsian itu hanyalah pesanan buat para wanita di luar sana supaya terus kuat berdepan dugaan.