fbpx

Hidap Kanser Tahap Empat, Lan Zailan Nak Lawan Penyakit Tanpa Kemoterapi

Pelakon Lan Zailan yang disahkan menghidap kanser pankreas tahap empat terkejut apabila dimaklumkan jangka hayatnya dianggakan hanya tiga bulan sahaja.

Memetik mStar Online, isterinya iaitu Ruby Sara berkata suaminya tidak putus semangat untuk melawan penyakitnya itu dan nampak kuat.

“Mula-mula dia memang agak terkejut tapi dia yakin boleh laluinya. Saya nampak abang kuatlah. Sedih memang sedih tapi saya tak nak dia lebih kecewa. Jadi saya kawal sedih saya dengan sebaiknya,” katanya.

Sementara itu, Ruby berkata suaminya yang kini di rawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkata pelakon itu sedia menerima pelbagai rawatan lain selain kemoterapi.

Bila tahap empat ini doktor tak sarankan untuk lakukan pembedahan dan mengambil ubat kerana tidak membantu.

“Tapi Lan dah cakap tak nak buat kemoterapi sebab dia nak melawan sendiri. Dia takut keadaan badan dia akan menjadi lebih lemah dan mudah dapat penyakit lain.

“Kemoterapi pun sekadar mengawal sel kanser bukannya untuk menyembuhkan tapi segala keputusan akan di buat Jumaat ini selepas anak-anak berbincang dengan doktor,” katanya.

Dalam pada itu, Ruby berkata ketika ini suaminya tidak mempunyai selera akan seperti biasa namun hanya boleh makan buah pear sahaja.

“Dia bukan jenis pemakan, bila tanya nak makan apa dia hanya minta buah pear. Kalau makanan lain hanya sesuap dua sahaja. Setiap kali makan kena pujuk macam budak-budak,” katanya.

SUMBER: mStar Online