Heliza Helmi Solat Istikharah Sebelum Terima Tawaran Berlakon

Sudah lama tidak membintangi drama mahupun filem, penyanyi Datin Seri Heliza Helmi berkata dia seorang yang teliti dalam memilih tawaran berlakon.

Memetik mStar Online, Heliza berkata dia mahu pastikan tawaran yang diberikan mampu memberikan manfaat kepada penonton serta akan berbincang dengan suaminya sebelum membuat keputusan.

BACA: Netizen Kagum Heliza Helmi Memanah Sambil Tunggang Kuda

“Kalau terima tawaran saya akan solat istikharah dahulu. Kemudian bincang bersama suami dan keluarga. Saya juga akan dapatkan nasihat guru.

“Sebelum buat keputusan kenalah berbincang secara terperinci. Sekiranya ia memberi manfaat barulah saya akan teruskan,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Studio Kembara (@studiokembara)

Menerima tawaran filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah, Heliza berkata hobinya dalam sukan memanah dan berkuda dapat dikogsikan kepada penonton menerusi lakonan.

“Ketika itu saya berdoa dan berharap agar sukan sunah ini dapat dikongsi kepada lebih ramai orang, jadi tak mungkin saya tolak tawaran berlakon watak dalam filem ini,” katanya.

Membawakan watak Siti seorang pahlawan wanita hebat seni mempertahankan diri selain tangkas memanah sambil berkuda, Heliza berkata dia melakukan sendiri babak tanpa bantuan stuntman.

“Hanya ada beberapa babak sahaja yang bukan saya lakukan sendiri kerana ketika waktu penggambaran saya sedang mengerjakan ibadah umrah. Selain itu semua saya buat sendiri termasuk aksi berlawan.

“Memanglah ada kecederaan dan apa yang dirancang tidak semua menjadi. Kuda ketika berlakon juga tidak sama dengan ketika saya menjalani latihan jadi ada sedikit kesukaran di situ,” katanya.

×