fbpx

Heliza Helmi Masih Tak Percaya Sudah Bergelar Isteri

Genap seminggu mendirikan rumah tangga selama, penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi berkata dia masih tidak sudah bergelar isteri kepada Dato Seri Mahadi Badrul Zaman.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Heliza berkata dia tidak menyangka kawan-kawan termasuk orang ramai mendoakan yang baik-baik terhadap perkahwinannya.

BACA: “Saya Bujang Terlajak, Bukan Duda” – Dato’ Sri Mahadi

“Ya Allah, tolong masih tak percaya ni. Wallahi, semuanya dari Allah. Memang aturan Allah, tiada daya upaya kami melainkan Allah.

“Tak tahu nak kata, hampir semua yang jumpa kami depa akan sebak menitis air mata kegembiraan dan mereka mendoakan yang baik baik buat kami walhal kami ni bukan siapa siapa,” tulisnya.

Dalam entri tersebut, Heliza mengakui terkejut dan bebesar hati apabila majlis resepsinya diharidi oleh golongan agamawan.

“Hampir separuh dewan dipenuhi dengan agamawan , para asatizah, ada yang sanggup batal program untuk menghadiri majlis dan mendoakan.. Allahu Akbar..

Kami sangat kerdil Ya Allah.. apa yang Engkau kurniakan ini terlalu MasyaAllah Ya Allah.. kami tak layak Ya Allah, namun kasih sayangMu tiada bertepi,” tulisnya.

1 Januari lalu, Heliza mengejutkan ramai apabila selamat diijabkabulkan dengan Datuk Sri Mahadi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.