fbpx

Hazama Tidak Mahu Membazir Untuk Majlis Perkahwinan

Menjelaskan bahawa dia dan juga bakal isterinya, Genervie Kam bakal mendirikan rumah tangga selepas Aidilfitri nanti, penyanyi Hazama dalam masa yang sama turut menyatakan bahawa dia tidak mahu membazir ketika majlis berlangsung.

BACA: Hazama & Genervie Kam Rancang Nikah Selepas Hari Raya Aidilfitri

“Sebenarnya belum ada lagi kata putus untuk menetapkan tarikh dan lokasi yang sesuai. Bagaimanapun, pihak keluarga kami ada berbincang mengenai hal itu. Namun yang pastinya kami akan melangsungkan secara sederhana kerana tidak mahu membazir”

“Bagi saya lebih baik dahulukan yang wajib dan akan dihadiri oleh kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan. Jadi, tentang kahwin ini saya dan pasangan akan fikirkan selepas hari raya”

“Kalau diikutkan di media sosial sudah tersebar luas menyatakan saya akan berkahwin lepas raya, tidak begitu, yang sebenarnya kami akan fikirkan selepas hari raya. Namun saya tidak menyalahkan mereka kerana menulis macam itu, kami anggap ia sebagai positif dan harap ia termakbul,” kata Hazama seperti dipetik daripada portal Media Hiburan.

Tambahnya, Genervie juga tidak mempunyai sebarang masalah untuk berpuasa malah turut berpuasa sebelum ini selain mempunyai ramai kawan yang beragama Islam. Apa pun, semoga segala persiaapan pasangan ini akan berjalan lancar menjelang hari bahagia. (rtky/s)