Hattan Bangga Dengan Aina Abdul
Selain penampilannya yang luar biasa, persembahan penyanyi Aina Abdul yang hebat pada Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36), malam tadi menjadi perhatian ramai.
Persembahan Aina juga turut mendapat perhatian penyanyi Datuk Hattan yang memuji persembahan penyanyi lagu Sepi itu yang disifatkan mantap.
BACA: “Dah Tahu Dia Tak Boleh Nyanyi, Kenapa Panggil Juga?” – Hattan
Menerusi perkongsian di Facebook itu juga, Hattan yang berasal dari Negeri Sembilan turut melahirkan rasa bangga terhadap Aina.
“Go Aina Abdul go…you can do it girl…make NS proud,” tulisnya.
Semalam lagu Sepi ciptaan Aina Abdul dinobat Naib Juara AJL36. Malah, seperti menepati ramalan, Aina juga turut memenangi Vokal Terbaik malam tadi.
- SUMBER
- Harian Metro
bila masa pulak lagu sepi dapat no 2… salah info ini… hehehe … tapi aku mati2 ingatkan lagu Sepi juara… tapi takpe bukan rezeki Aina malam tadi.
Apo..benda ni pun blh salah
nak juara kot..bkn naib juara…lawak lh ..5 ha ha…