Sabronzo Janji Tak Tinggalkan Dolla Kalau Kahwin

Penyanyi Sabronzo tidak menafikan malah mengiyakan ketika ini dia sedang menjalin hubungan dengan seorang DJ antarabangsa.

Memetik mStar Online, Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Rusli berkata dia lebih selesa untuk tidak terlalu terbuka mengenai soal peribadi.

BACA: Sabronzo Nafi Bercinta Dengan Ahli Politik

“Secara peribadi, saya memang lebih selesa untuk bersikap tertutup dalam hal-hal seperti ini. Bukan bermaksud saya mahu menyembunyikan sesuatu, tetapi itu adalah sesuatu yang saya mahu lindungi,” katanya.

Dalam pada itu, Dolla berkata di tidak akan meninggalkan kumpulan Dolla seandainya dia mendirikan rumah tanga satu hari nanti.

“Tidak mungkin (akan keluar Dolla) sekiranya ke fasa seterusnya (kahwin). Kami semua sudah bekerja keras (untuk menaikkan Dolla). Ia bukan hanya kerja, namun minat.

“Selagi ada sokongan peminat dan kami masih berminat untuk membuat muzik, kami akan teruskan,” katanya.

SUMBER: mStar Online

×