Ister kepada pelawak Along Cham iaitu Afreena Suhaimi berkata dia masih menyayangi suaminya namun tidak dapat menjelaskan beberapa isu kerana suaminya enggan bertemu dengannya.
Memetk HibGlam, Afreena bagaimanapun mengakui kecewa apabila suaminya menuduh anak dalam kandungan bukan zuriatnya.
BACA: “95% Daripada RM105,180 Adalah Sumbangan Pihak Saya”
“Kami tidak berjumpa sejak di mahkamah syariah dan hanya sesekali membalas mesej. Hati saya remuk dan kecewa lebih-lebih lagi dia tuduh anak dalam kandungan bukan benihnya,” katanya.
Sementara itu, Afreena berkata dia tidak tahu dirinya hamil lapan minggu sehinggalah mengalami keguguran apabila berlaku pendarahan teruk mungkin kerana tekanan dan penat.
“Tergamak ada menuduh begitu sedangkan hal rumah tangga perlu diselesaikan berdua dengan berbincang,” katanya.
Dalam pada itu, Afreena berkata suaminya tahu setiap pergerakan termasuk jadual tugasan yang memerlukannya ke luar negara serta turut tertanya-tanya mengenai dakwaan curang.
“Segala pergerakan termasuk makan tengah hari dan pergi balik kerja saya maklumkan kepadanya. Tidak tahu daripada mana datangnya isu curang,” katanya.
SUMBER: HibGlam