Semalam, Harian Metro menyiarkan satu laporan muka hadapan yang menyebut wujudnya sebuah restoran bertemakan seks di Kuala Lumpur.
Hari ini, pihak polis memanggil dua wartawan yang menulis berita itu ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk memberi keterangan berhubung artikel berita mereka yang bertajuk ‘Restoran Berahi‘.
Pihak polis berkata, laporan yang dikeluarkan itu adalah palsu kerana siasatan mendapati restoran tersebut tidak wujud.
Itulah Harian Metro, nak sangat jualan akhbar mereka laris, berita sensasi apa pun sanggup mereka keluarkan tanpa menyiasat dengan betul. Sumber: Utusan Malaysia Online