fbpx

Realme sekali lagi membuat kejutan besar dengan memperkenalkan telefone pintar dengan harga mampu milik tapi mempunyai kualiti kamera yang superb. 

Pada 21 Julai, bertempat di Laguna Redang Island Resort,  Terengganu Realme telah melancarkan dua peranti telefone iaitu Realme 11 Pro+ 5G dan Realme 11 Pro 5G. 

Pelancaran yang gilang gemilang di tepi laut, dengan kehadiran artis terkemuka seperti Scha Al-Yahya, Mimi Lana dan Syafiq Kyle serta Influencer juga Media.

Bukan hanya pelancaran yang gempak, malah kalau anda lihat telefone ini secara langsung pasti akan terus jatuh cinta. 

Kamera 200MP. To the next level 

Bagi anda yang minat fotografi, telefone ini paling wajib anda miliki. Kenapa? Realme hadirkan satu peranti telefone dengan tagline ‘200MP. To the next level’ dengan aspirasi ‘No Leap, No Launch’ dengan melancarkan kamera tercanggih dengan tujuh naik taraf utama.

Di mana ia dilengkapi dengan kamera SuperZoom 200MP yang pertama di dunia dengan sensor 4x zoom dan piksel yang lebih tinggi.

Selain itu, Realme 11 Pro Series 5G ini juga menaik taraf beberapa mod seperti kamera utama dengan SuperOIS, Super NightScape, Moon Mode dan Starry Mode Pro. Kudos to Realme, untuk bawa satu kelainan dalam dunia fotografi. 

Bukan itu sahaja, Selfie anda lepas ini akan lebih cun dengan adanya kamera Selfie Sony 32MP yang didatangkan dengan beberapa mod seperti potret berkumpulan, pengambilan secara serentak dan bermacam lagi. Anda semua kena check it out, pasti letup Selfie anda selepas ini. 

Specifikasi Realme 11 Pro Series 5G 

Ada kamera yang terbaik di dunia, pasti anda mahukan penyimpanan yang besarkan? 

Realme kali ini hadir dengan prosesor MediaTek Dimensity 7050 5G, dipadukan dengan 24GB RAM dinamik dengan memori 512GB bagi 11 Pro+ 5G dan RAM 16GB dinamik dengan memori 256GB bagi 11 Pro 5G. 

Ngam terukkan? Makin banyaklah gambar yang kita boleh ambil, pada masa yang sama memuat naik lagu kegemaran dan movie tanpa risau storage anda penuh. 

Pengecasan Pantas 

Realme turut membawakan pengecasan pantas dalam series kali ini dengan kapasiti bateri 5,000mAh pada SUPERVOOC 100W yang membolehkan pengecasan daripada 1% hingga ke 100% dalam tempoh 26 minit pada 11 Pro+ 5G dan 11 Pro 5G pula, SUPERVOOC 67W. 

Jadi, anda tidak perlu risau dengan ketahanan bateri dan masa perlu diambil untuk pengecasan kerana ia akan membawa anda satu pengalaman yang luar biasa dan menyenangkan. 

Reka Bentuk 

‘Sekali pandang pasti jatuh cinta!’

Reka bentuk yang estetik pasti akan membuat anda tertarik dan terpikat. Tiada lagi kerisauan belakang telephone anda calar ataupun pecah menjadi serpihan kaca kerana Realme 11 Pro 5G ini menggunakan proses pembuatan premium dengan reka bentuk jahitan tiga dimensi (3D) seperti buatan tangan dengan tekstur tenunan 3D. Smooth je, sangat comfy bila dipegang. 

Ia didatangkan tiga varian warna iaitu, Astral Black, Sunrise Beige dan Oasis Green yang direka khas oleh Realme Design Studio dengan kerjasama bekas pereka cetakan dan tekstil Gucci, Matteo Menotto. 

Warna dia sangat onz untuk digayakan bagi semua generasi! 

Imej berkualiti 

Realme 11 Pro Series 5G ini didatangkan dengan skrin OLED 6.7 inci Paparan Penglihatan Melengkung 2160Hz,  dan menyokong kadar segar semula 120Hz. Skrin turut menyokong paparan HDR10+. 

Realme turut memenangi dua anugerah bagi sijil perlindungan mata berprestij oleh TÜV Rheinland atas keperihatan mereka terhadap keselesaan dan keselamatan pengguna. 

Mantap beb Realme ini, mereka sangat prihatin dengan penggunanya. 

Harga Mampu Milik

Ini pasti part yang anda tidak sabarkan? 

“Betul ke harga mampu milik?”

“Camera power tak mungkin lah murah?” 

Haip, betullah. Realme takkan mensia-siakan penggunanya malah nak beri yang terbaik kepada semua. 

Bagi Model realme 11 Pro+ 5G dijual pada harga RM 1,999 dan RM 1,499 untuk model 11 Pro 5G.

Macam mana harga Realme 11 Pro Series 5G ini mengancam tak? 

Jadi, apa lagi tempahlah segara! Di kedai atas talian Shopee, Lazada, TikTok Rasmi Realme dan pengedar-pengedar sah yang lain.

Bagi anda yang membuat tempahan sekarang, anda berpeluang membawa pulang merchandise realmeow serta jaminan tambahan 6 bulan. 

Sebelum itu, bagi memberi pengalaman yang terbaik kepada pelanggan dan kekal memperjuangkan asipirasi ‘No Leap, No Launch’. Realme telah menaik taraf ke semua kedai cawangan mereka diseluruh Malaysia kepada realme Brand Stores 3.0.

Jadi, kepada anda yang ingin merasai kelainan ketika membeli belah dikedai Brand Stores 3.0 dengan berkonsepkan reka bentuk moden yang inovatif ini, anda boleh berkunjung ke Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur; Sunway Pyramid, Selangor; Palm Mall, Negeri Seremban; dan Ipoh Parade, Perak pada 29 Julai 2023.

Anda pasti akan terpegun dengan konsep terbaru mereka, selain itu Realme turut menaik taraf perkhidmatan pelanggan agar anda dapat layanan yang terbaik sepanjang membeli secara fisikal.

Bagi anda yang tidak dapat berkunjung ke kedai yang dinyatakan. Jangan risau, sebab Realme akan menaik taraf ke semua kedai sedia ada yang berdekatan anda, jadi stay tuned gais!

Realme turut menawarkan beberapa tawaran istimewa sempena pelancaran Realme 11 Pro Series 5G dengan beberapa promosi menarik kepada semua pelanggan mereka.

Antaranya, cabutan bertuah, lanjutan waranti selama 6 bulan dan perlindungan keretakkan skrin telefone selama 6 bulan (untuk model terpilih).

Tak beli 11 Pro Series 5G tak apa, anda masih layak mendapatkan hadiah percuma sekiranya anda membeli produk Realme GT Series, Number Series, C Series dan realme Pad di Brand Stores 3.0.

Jadi, apa lagi serbulah realme Brand Stores 3.0 sekarang.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh kunjungi Facebook Realme Malaysia bagi mendapatkan berita terkini.