fbpx

Hanya Bella Hanna Boleh Tawan Saya – Redza Rosli

Jumaat lalu, pelakon Redza Rosli mengejutkan ramai apabila mendirikan rumah tangga dengan pelakon Bella Hanna. Bermula sebagai rakan biasa kini bergelar suami isteri.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Memetik HibGlam, bagi Redza dan Bella aturan tersebut terlalu indah buat mereka. Redza berkata hanya Bella sahaja yang boleh menerima kekurangan dirinya.

BACA: Redza Rosli Sah Bergelar Suami Bella Hanna

“Saya ini seorang yang sukar untuk dikawal tetapi dengan dia, dia sahaja boleh melayan kerenah dan menerima segala kekurangan saya,” katanya.

Sementara itu, Bella menyifatkan Redza seorang lelaki yang mengutamakan keluarga dan itu antara faktor dia jatuh cinta dengan aktor itu serta melihat Redza boleh membimbingnya.

“Redza ‘family man’, dia akan utamakan keluarga dahulu dalam apa jua keadaan, sebab itu saya jatuh cinta dengan dia, nampak matang dan boleh jadi pembimbing saya yang baik,” katanya.

Berkongsi mengenai hubungan mereka, Redza berkata dia dan isteri tidak pernah menjalin cinta secara rasmi sebaliknya hatinya tiba-tiba tergerak untuk melamar Bella  ketika mereka keluar makan berapa bulan lalu.

“Kami sudah lama kenal, cuma sekadar kawan biasa. Kami pun tak pernah isytihar bercinta. Satu hari saya ajak dia pergi makan tapi waktu itu niat saya sudah lain.

“Saya terus ajak dia pergi beli cincin dan pada waktu itulah kami meluahkan perasaan antara satu sama lain.  Kami tidak bertunang, terus nikah. Insya-Allah saya yakin Farhana Nabila (Bella) terbaik untuk saya,” katanya.

SUMBER: HibGlam