Persoalan tentang status Hanez Suraya sebagai duta produk kecantikan Aura White akhirnya terjawab apabila pelakon ini mengakui yang beliau tidak akan terus menjadi duta jenama tersebut selepas kontroversi yang melanda dirinya.

Namun, beliau tidak digugurkan seperti yang didakwa ramai. Hanez Suraya sendiri yang meminta supaya kontrak enam bulan beliau bersama Aura White sejak Disember ditamatkan tanpa memperbaharui, menurut wakil Aura White.

BACA: Kekasih Hanez Suraya Mahu Selesai Luar Mahkamah, Cerai Cara Baik

“Dia tidak digugurkan. Hanez sendiri memberitahu kami adalah lebih elok sekiranya dia undur diri. Kami faham dengan situasinya,” jelas Pegawai pemasaran produk Aura White, Nurul Lina.

“Lagipun sehingga kini perhubungan antara pihak kami dengan Hanez sangat baik. Dia pun tidak pernah memberi masalah kerana dia seorang yang sangat berdisiplin”

Wakil Aura White itu juga berkata yang produk kecantikan jenama itu sebenarnya menjadi lebih popular selepas kontroversi Hanez Suraya dan sekaligus meningkatkan jualan. Baguslah begitu, sila pujuk Hanez Suraya untuk kekal. (rtky/m)