Hanez Suraya Kini Bergelar Datin Wira

Pelakon Hanez Suraya kini bergelar Datin Wira apabila suaminya, Romie Razin Adilha dikurniakan pangkat Datuk Wira. 

Difahamkan, perkara itu dikongsikan jurusolek terkenal, Najeeb Azami di Instagram miliknya mengucapkan tahniah buat pasangan itu.

BACA: Hanez Suraya Dipuji Tak Berkira, Layan Pembantu Rumah Macam Kawan Sendiri

“Tahniah diucapkan kepada Datuk Wira Romie Razin Adilha dan Datin Wira hanez Suraya,” tulisnya.

Difahamkan, Romie hadir ke Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka yang diadakan sempena Sambutan Hari Jadi ke-77 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam.

Diruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat pasangan itu. Untuk rekod, Hanez mendirikan rumah tangga dengan Romie pada 14 Mac 2015.

×