fbpx

Hana Ismail Akui Isu Rogol Goyahkan Rumah Tangga, Bergaduh Dengan Suami

Pengacara Hana Ismail mengakui kontroversi melanda suaminya yang juga pendakwah bebas, Da’i Syed memberi kesan kepada rumah tangga mereka.

Dijemput menjadi tetamu untuk sebuah program Podcast baru-baru ini, Hana berkata kes terpalit suaminya itu juga turut menimbulkan syak wasangka sehingga dia bergaduh dengan suaminya itu.

BACA: Hana Ismail Terharu Da’i Syed Mandikan Dengan Air Herba, Pakaikan Stoking

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

“Tipulah kalau tak menggoyahkan sebenarnya sedikit sebanyak ia menjejaskan. Kami kadang-kadang sampai bergaduh mengenai isu ini. Macam mana kita nak menanggapi isu ini sebab suami caranya lain, saya caranya berbeza.

“Kadang-kadang bila ada yang menghasut seperti ini ianya mendatangkan syak wasangka kepada saya sebagai seorang isteri,” katanya.

Menurut Hana lagi, dia lebih memilih untuk bertafakur dan bermuhasabah diri dalam membantu dirinya lebih tenang serta berharap rumah tangganya kekal hingga ke akhir hayat.

“Jadi saya berdoa, saya harap saya diberikan kekuatan dan Allah memberikan jalan yang terbaik untuk kami berdua.

“Dan saya berharap agar rumah tangga kami ini kekal sampailah ke akhirnya dan ke syurga, Insya-Allah,” katanya.

Terdahulu, Da’i Syed menyatakan dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dua individu yang menyebarkan fitnah terhadap dirinya.