Hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan penyanyi Indonesia Irwansyah dan isterinya, Zaskia Sungkar kini sedang menantikan kelahiran cahaya mata sulung mereka.
Kebiasaannya ibu hamil pasti akan mengidam sesuatu, termasuklah isteri Irwansyah yang kini hamil tiga bulan mengidam untuk memijak rumput di rumah adiknya, Shireen.
BACA: Bimbang Isteri Sedang Hamil Naik Tangga, Irwansyah Sediakan Lif Dalam Rumah
https://www.instagram.com/p/CF_c24gFpE2/?utm_source=ig_embed
Menerusi perkongsian di Instargram, Irwansyah yang idak mahu menghampakan keinginan isterinya itu membawa Zaskia ke rumah Shireen seawal pagi lagi.
Dalma pada itu, Irwansyah meluahkan rasa syukur segala permintaan isterinya berjaya dituruti dan Zaskia tidak mengidam yang bukan-bukan sehingga sukar untuk ditunaikan.
“MasyaAllah dari pagi dah ajak ke rumah Shireen, katanya mahu pijak rumput hehe” tulisnya. Mujur bukan mahu pijak awan, kalau itu (pijak rumput) permintaannya InsyaAllah boleh lah,” ujarnya.
Sebelum ini, Irwanysah pernah memberitahu isterinya mengidam untuk makan jering dan turut meminta dia makan ulam-ulaman itu.