Hamil Ektopik Kali Kedua, Sari Yanti Jalani Pembedahan

Pelakon Sari Yanti yang juga isteri kepada pelawak Jep Sepahtu menjalani pembedahan berikutan disahkan kehamilan ektopik atau kehamilan luar rahim.

Menerusi perkongsian di Instagram, difahamkan aktres itu sedang menjalani rawatan di hospital serta memohon doa agar dipermudahkan segala urusan.

BACA: “Saya Sangat Beruntung” – Jep Syukur Dijodohkan Dengan Sari Yanti

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti)

“Pembedahan kehamilan ektopik saya buat kali yang kedua. Alhamdulillah ala kulli hal. Tolong doakan semuanya berjalan lancar ya dan semoga Sari Yanti cepat sembuh. Terima kasih semua,” tulisnya.

Sebelum ini,  Sari pernah melakukan pembedahan membuang satu tiub fallopiannya selepas kali pertama berdepan kehamilan luar rahim pada 2018.

Sari mendirikan rumah tangga dengan Jep pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr.

×