fbpx

Hamil Anak Kedua, Eyra Hazali Rasa Nak Melompat Sebab Teruja Sangat

Perkongsian terbaru pelakon Eyra Hazali menjadi perhatian ramai apabila mengumumkan dirinya kini hamil anak kedua dan usia kandungan sudah mencecah lima bulan.

Menerusi video dikongsikan, Eyra berkongsikan khabar gembira itu bersama suami, Muhammad Haziq Nadzli dengan membuat kejutan memberikan hadiah kit ujian kehamilan.

BACA: JDT Tewas Final Piala Malaysia, Eyra Hazali Titip Kata Semangat Buat Suami

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali)

“Awak serius ke sayang? Atau ini adalah ujian kehamilan yang lama dulu?,” kata Haziq.

Dalam video tersebut, Eyta berkata kit ujian kehamilan itu adalah yang baru. Ujarnya tadi, dia rasa mahu melompat melihat keputusan ujian tersebut.

“Saya baru menggunakan ujian kehamilan ini sebentar tadi, hendak melompat teruja tetapi awak berada di dalam bilik berhadapan itu. Saya ada membuat satu lagi ujian kehamilan di bawah,” katanya.

Pasangan itu dilihat berpelukan dan menangis kegembiraan di atas rezeki zuriat itu. Eyra dan suami turut berkongsikan berita gembira itu bersama keluarga melalui panggilan video.

Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Muhammad Hayder Qhalish Muhammad Haziq.