Hamidah Wahab Kecewa Dengan Pelakon Baru, Hanya Tegur ‘Hai’ Di Set Penggambaran
Sebut sahaja nama Hamidah Wahab, pasti ramai tahu pelakon veteran itu sangat sinonim dengan drama bersiri Tanah Kubur.
Masih lagi aktif menerima tawaran berlakon, pelakon berusia 65 tahun itu berkata dia cukup faham dengan ragam dunia seni dan akan undurkan diri apabila tiba masanya nanti.
“Waktu muda saya pernah menjadi model, ketika itu saya tahu bila nak berhenti. Sebelum orang halau lebih baik perlahanlahan tarik diri.
“Dalam dunia lakonan juga sama. Sentiasa bersedia sebab kita semakin tua. Terima apa yang akan berlaku dan dorongkan diri saya ke arah yang lebih baik,” katanya.
Dalam pada itu, Hamidah turut meluahkan rasa kecewa dengan segelinti pelakon muda yang seolah-olah tidak menghargai bakat lama sepertinya. Katanya lagi, dia bukan minta disanjung tetapi cukup jika ada rasa hormat terhadap artis veteran lama sepertinya.
“Mungkin dia tidak kenal kerana saya mula aktif berlakon ketika dia belum lahir. Apabila saya datang set dia hanya tengok sahaja sehinggalah diperkenalkan.
“Jika tidak diperkenalkan hanya sekadar bertegur hai sahaja. Saya biarkan sahaja. Bagi saya suatu hari nanti mereka betul-betul belajar apa makna seorang pelakon,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Pasal zaman ni ramai yang dihantar sekolah tinggi tapi tak diajar adat….kadang sebelah pun tak tegur sapa….
Tngk kt medsos je cukup berckp mcm pandai sngt tp adab dan bahasa mmg out.
haha tu mesti instafamous followers ade 1 juta di amik jd pelakon..