Berita baik untuk mereka yang mahukan nostalgia lama ketika mula-mula radio ERA ke’udara pada awal dekad lepas.

Minggu lepas, sempena tahun baru, Linda Onn mengumumkan yang beliau akan meninggalkan Sinar FM & sehingga kini masih di’rahsiakan destinasi baru beliau.

Hari ini, Gua.com.my menulis satu spekulasi yang menyebut ada ura-ura Halim Othman bakal kembali ke konti radio bersama Suria FM.

Perkhabaran ini sebenarnya agak baik jika spekulasi yang mengatakan Linda Onn turur berpindah ke Suria FM menjadi kenyataan.

Gandingan ini yang pernah mewarnai populariti ERA FM tidak lama dahulu di’lihat mampu menaikkan lagi nama Suria FM yang semakin popular di’kalangan pendengar radio.

Kita nantikan sahaja perkembangan spekulasi ini. Mana tahu, mereka akan di’gandingkan bersama untuk menjadi seteru Faizal Ismail & Fara Fauzana.