fbpx

Halim Othman Dedah Anak Alami Depresi, Jauhi Keluarga

Bekas penyampai radio, Halim Othman mengatakan anaknya yang juga pelakon Myra Natasya mengalami depresi dan kini banyak menyendiri serta menjauhi keluarga.

Memetik MalaysiaKini, Halim mendakwa ada sesuatu yang memarakkan api kemarahan anaknya sehingga membuat kenyataan dirinya adalah anak tidak sah taraf.

BACA: Saya Anak Tak Sah Taraf” – Myra Natasya Dedah Halim Othman, Ibu Tak Pernah Kahwin

“Perbualan kami tidak berlangsung baik. Dari situ saya kesan sesuatu yang tidak kena dengannya. Ibunya juga memaklumkan perkara yang sama, dia alami depresi. Kebelakangan ini banyak menyendiri dan jauhi keluarga,” katanya.

Sementara itu, Halim berkata dia bimbang dengan keadaan anaknya itu serta mengatakan mungkin wujud anasir luar yang membawa pengaruh negatif sehingga Myra berani membuat kenyataan berkenaan.

Menurut Halim lagi, sudah lebih setahun dia tidak bertemu anaknya malah segala mesej serta panggilan tidak berjawab termasuk yang dihantar oleh ibu kepada anaknya itu.

“Saya bimbang dengan keadaannya dan juga risau dengan pengaruh-pengaruh tidak sihat, yang mungkin mempengaruhi dia mencetuskan sensasi untuk mendapatkan perhatian orang.

“Dia sekarang alami tekanan. Dia tinggal sendiri dan hampir lebih satu tahun kami tidak berjumpa. Semua mesej dan panggilan tidak berjawab. Begitu juga yang dihantar oleh ibunya,” katanya.

Dalam pada itu, Halim turut meminta orang memberi ruang kepada mereka untuk menyelesaikan perkara tersebut serta tidak mencetuskan apa-apa spekulasi.

SUMBER: MalaysiaKini