Hairul Azreen Tarik Diri, Netizen Kata Tanda Kifarah Buat Syamsul Yusof?

Umum mengetahui, pelakon Hairul Azreen terpaksa berundur pengambaran filem The Original Gangster (The OG) arahan Syamsul Yusof selepas mengalami kecederaan urat lutut di bahagian kiri (ACL).

Memetik Facebook di Astro Awani, rata-rata netizen memahami kecederaan yang dialami oleh Hairul serta mengambil masa untuk kembali pulih. Dalam pada itu, ramai mendoakan agar Hairul segera sembuh.

BACA: Syamsul Yusof Dipersoal Biarkan Dua Isteri ‘Berperang’, Ini Jawapan Pedas Puteri Sarah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Sementara itu, ada netizen berpendapat insiden dialami Hairul seolah-olah petanda ‘kifarah’ buat Syamsul susulan tindakannya berkahwin lain.

Malah, ada netizen mendakwa mungkin ini petanda kejatuhan pengarah itu serta mengatakan ia adalah ‘peringatan’ daripada Allah selepas merangkul pelbagai kejayaan sebelum ini.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan ianya dugaan buat Syamsul apatah lagi bukan mudah perjalanan menghasilkan filem serta berharap agar pengarah itu muhasabah diri.

Semalam, Syamsul dilihat ada memuat naik perkongsian bahawa semua yang berlaku adalah perancangan Allah serta mendoakan Hairul mendapat rehat secukupnya.

×