fbpx

Hairie Othman Bakal Kahwin Anak VIP

Hairie Othman Bakal Kahwin Anak VIPIni kisah Hairie Othman dan bukan berkaitan aktiviti aktif beliau dalam politk dan parti pembangkang buat pertama kali sejak beberapa bulan ini. Apa khabar Abby Abadi? Heh.

Satu laporan di akhbar harian Kosmo! semalam menulis yang Hairie Othman bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi dan kad jemputan sudah pun mula di’edarkan.

Pelakon dan kini bergelar aktivis politik berstatus duda ini telah memilih Dahlia Diana yang merupakan anak perempuan kepada seorang kenamaan bergelar Datuk.

Dalam laporan tersebut, tidak pula di’nyatakan bilakah tarikh pasangan ini bakal di’satukan tetapi resepsi mereka bakal berlangsung di Dewan Semarak Kayangan Felda, KL.

Jika benar Dahlia Diana yang sama pernah kami lihat, Beautiful Nara pernah berkongsikan gambar pasangan ini sekitar 2010 & secara teori, sudah lebih dua tahun mereka bercinta.

UPDATE-1: Maklumat terbaru mengesahkan yang pasangan ini sudah bertunang & majlis pernikahan mereka akan berlangsung sekitar bulan November 2012. Tahniah dari kami!