Hafidz Roshdi Sudah Jalani Rawatan Psikiatri Di Hospital Bahagia
Pelakon Hafidz Roshdi sudah pun ke ke Hospital Bahagia, kelmarin bagi menjalani rawatan psikiatri seperti yang diperintahkan Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada 13 Mac lalu.
Memetik Sinar Harian, peguam Hafidz, Datuk Akberdin Abdul Kader bagaimanapun berkata belum ada keputusan dikeluarkan kerana ada beberapa prosedur rawatan yang perlu diikutinya lagi.
BACA: “Tengok Jodoh Macam Mana, Rasa Sayang 50-50” – Hafidz Roshdi
“Hafidz sudah ke Hospital Bahagia semalam bagi menjalani rawatan psikiatri itu, namun keputusan belum dikeluarkan oleh doktor kerana ada beberapa prosedur rawatan yang perlu diikutinya lagi.
“Bila keputusan pemeriksaan akan dikeluarkan bergantung kepada doktor. Cuma di pihak Hafidz, dia sudah mengikuti pemeriksaan itu sebagaimana yang diperintahkan mahkamah sebelum ini,” katanya.
Dalam pada itu, Akberdin juga memberitahu bahawa tiada halangan untuk pelakon itu bertemu dengan anak-anaknya dalam tempoh rawatan berlangsung.
Terdahulu, Hafidz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada pada 2 Mac lalu. Berdasarkan pertuduhan, pelakon itu didakwa menumbuk isterinya sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.
- SUMBER
- sinar Harian
Sian Hafis Rosdi. Shuhada sekarang menggeletis miang bermake up tebal upgrade muka Burok DPT jadi model product sampah,, Hafis pulak jalani sakit mental kat hospital gila. Kalau Hafiz tak tumbok muka kg.com hang sampai berparut hang takde can DPT jd model make up tebal raih glamor MCM artis!
Habis kau nak kasi syuhada tu duit ke. Kalau tak baik kau diam je.
Dok dengki dgn rezeki org. Muka kau tu elok sangat ke, kampung2 si syuhada pun dapat gam jadi model. Ko tu Tah2 lagi terpaling kg.com
Yuhada atas ni sepupu HR eh? Ke kembar HR?
Next elok P.sara pun kena jumpa pakar psikiatri.. sbb kesian tgk P.sara..mmg dia perlukan sgt sgt untuk jumpa pakar
Next Ira Sakai ke??? Atau Sol Badigol Haprak.hihi