Masih belum sempat meluangkan masa bersama isteri tercinta setelah mendirikan rumahtangg pada 30 April lalu, pelakon Hafidz Roshdi sudah pun merancang 3 lokasi berbeza untuk berbulan madu bermula daripada minggu hadapan.
BACA: Rakan Artis Bidas Peminat Kutuk Rupa Wajah Isteri Hafidz Roshdi
“Selepas berkahwin tidak sempat ke mana-mana kerana sibuk dengan penggambaran manakala isteri pula terikat dengan kuliah di universiti. Alhamdulillah minggu hadapan kami sama-sama lapang dan akan bercuti di dalam negara terlebih dahulu”
“Manakala percutian di Medan dan Tokyo kami mendapat tajaan,” jelasnya kepada mStar Online. Selain itu menurut Hafidz, rezekinya selepas berkahwin juga semakin meriah dan melimpah ruah baik dari lakonan dan juga tawaran menjadi duta produk.
Tambahnya, dia tidak mahu terus berbicara tentang kontroversi yang melanda dirinya dan juga kritikan peminat terhadap wajah isterinya kerana perkara tersebut sudah pun berlalu dan banyak lagi perkara lain yang lebih penting daripada kritikan itu. (rtky/s)