fbpx

Uqasha Senrose Dakwa Hafidz Roshdi Kurang Matang, Jadi Punca

Nampaknya perang diantara pelakon drama bersiri, Tundukkan Playboy Itu masih belum reda. Terbaru, Uqasha Senrose menyatakan rasa terkilannya apabila beliau dipersalahkan dan dituduh menjadi punca kontorversi terbabit. Malah katanya lagi, sikap tidak matang Hafidz Roshdi sebenarnya menjadi punca hal ini berlarutan

BACA: Uqasha Senrose Gelar Hafidz Roshdi Biadap?

“Saya hairan kenapa orang hanya nampak seperti saya yang menjadi punca kontroversi itu, hanya berdasarkan satu status saya muat naik. Sedangkan selepas itu dia memuat naik tiga status berbeza di laman sosialnya dengan ayat yang agak kasar bunyinya”

“Dia sepatutnya lebih matang dalam menangani situasi ini. Pada saya, tidak perlu rasanya untuk dia memberitahu mengenai perasaan cemburu tunangnya itu kepada khalayak. Ia akan lebih merumitkan keadaan dan mencalarkan reputasi tunangnya sendiri,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung status yang dimuat naik oleh Hafidz.

Selain itu, Uqasha turut memberitahu, beliau pernah cuba menghubungi Hafidz bagi mendapat kepastian punca kontorversi ini terjadi kerana menyedari hal ini sudah berlarutan. Namun usahanya gagal apabila Hafidz tidak menjawab panggilan telefon serta mesej yang dihantar.

Perang media sosial diantara pelakon drama bersiri ini bermula apabila Hafidz berkongsi kisah tunangnya yang cemburu dengan Uqasha. Perkara itu membuatkan Uqasha menyindir kenyataan tersebut di Twitter. Sindiran itu bagaimanapun membuatkan Hafidz bengang dan kemudian membalas kenyataan Uqasha namun status tersebut telah dipadam. (rkty/w)