Dalam prosiding hari ini, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu memerintahkan pelakon Hafidz Roshdi menjalani rawatan dan pemeriksaan psikiatri di Hospital Bahagia.

Memetik Kosmo, Hakim Siti Fatimah Talib memerintahkan demikian selepas membenarkan permohonan pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar.

BACA: Mahkamah Perintah Hafidz Roshdi Dihantar ke Hospital Bahagia

Mahkamah memerintahkan tertuduh ke Hospital Bahagia pada 28 Mac ini dan tidak menganggu mangsa serta menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Sebelum ini, Hafidz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menumbuk pipi kiri isterinya sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, di sini 2 Mac lalu.

Mengikut pertuduhan Hafidz didakwa menumbuk isterinya Nurul Shuhada sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.

Hafidz dibenarkan ikat jamin sebanyak RM4,000 dan tarikh 9 Jun ini bagi sebutan semula kes, selain laporan perubatan mangsa dan laporan penilaian psikiatri tertuduh,

×