Baru-baru ini, perkongsian pelakon Aprena Manrose  menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video hadir ke sebuah majlis ilmu dengan memakai jubah dan berniqab.

Menerusi entri itu, Aprena meluahkan rasa syukur diberi kesempatan menghadiri majlis ilmu demi memperbaiki diri lebih baik berbanding sebelum ini.


BACA: Aprena Manrose Ambil Cuti Panjang, Fokus Untuk Dapatkan Anak

“Alhamdulillah atas rezeki yang diberi untuk menghadiri majlis ilmu agama. Ramai sangat yang datang. Alhamdulillah.

“Ya Allah bantulah aku untuk sentiasa menghadiri majlis ilmu kerana sesungguhnya aku ini insan yang lemah. InsyaAllah. Semoga kita semua terus usaha atas iman dan istiqomah ke jalan Allah,” katanya.


Diruangan komen, Aprena terharu apabila menerima maklum balas positif daripada pengikutnya serta meminta mendoakan agar dirinya sentiasa istiqamah dalam menutup aurat.

“Terima kasih atas komen yang baik. Allah Maha Baik. dalam kita mencariNya, Dia sentiasa membuka ruang dan jalan seluas-luasnya.

“Allahuakhbar. Mohon doa dari kalian untuk sentiasa doakan saya terus istiqomah dan semoga doa berbalik pada kalian. Insya-Allah,” katanya.