fbpx

Pernahkah anda terfikir, kehidupan di bandar ketika ini tidak pernah sepi dengan bingitnya bunyi kenderaan dan kadang-kala buat kita lupa tentang makna sebenar ketenangan.

Suasana yang tenang pastinya sangat membantu menstabilkan emosi lebih-lebih lagi buat mereka yang sudah berkeluarga.

Hadirnya township Setia Alamsari yang mengangkat tema kehidupan lestari moden pastinya mampu membuatkan kita kembali dekat dengan alam semulajadi.

Membuatkan kawasan ini lebih bermakna adalah dengan kewujudan 8 taman yang mempunyai tema masing-masing iaitu Lake of Reflection, Field of Happiness, Canopy Park, Spring Meadows, Casablanca Park, Garden of Lights, Nest of Dreams dan Serenity Pathway.

Setia Alamsari bukan sahaja hampir dengan institusi pengajian tinggi, KTM dan juga resort golf, ia turut menyediakan akses mudah kepada lebuh raya PLUS, LEKAS dan SILK.

Tenggelam Dalam Ketenangan

Bayangkan melangkah keluar dari pintu rumah anda ke dalam kejiranan yang penuh dengan kehidupan, di mana bunyi daun-daun bergerak menggantikan dengungan lalu lintas yang berterusan.

Inilah yang ditawarkan oleh S P Setia melalui Setia Alamsari dan Aderyn merupakan fasa pertama rumah teras dua tingkat di dalam koleksi Andra dengan menawarkan harga yang paling mampu milik kepada orang yang ingin mendapatkan rumah pertamanya sendiri.

Chime Trellis

Susunan komuniti Aderyn direka dengan teliti untuk menggabungkan landskap hijau yang subur, jalan-jalan berpokok, dan taman-taman luas yang menawarkan ruang yang cukup untuk berehat, bersantai dan bersosial.

Contohnya seperti The Hut dan juga Chime Trellis yang terletak di Serenity Park. Kemudahan ini ternyata memberi peluang buat penghuni untuk melupakan seketika kesibukan bekerja dan memberi ruang untuk diri tenggelam di dalam ketenangan.

Jenis: Rumah Teres 2 Tingkat
Bilik: 4 Bilik Tidur & 3 Bilik Air
Pegangan: Bebas
Keluasan: 20’ X 65′
Built-up area: Dari 1,685 hingga 1,938 kaki persegi

Terhad hanya kepada 174 unit sahaja, Aderyn turut dilengkapi dengan komuniti berpagar dan berpengawal.

The Hut

Bermula dengan harga tidak sampai RM 600 ribu dan Aderyn dijangka akan siap pada suku kedua tahun 2025. Dengan tanda harga sedemikian, tidak mustahil ia mampu menjadi rumah pertama anda bersama pasangan.

Jadi bagi anda yang ingin mencari ketenangan dan dalam masa yang sama mengimpikan kediaman yang santai, Aderyn mungkin jawapan yang anda cari.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.setiaalamsari.com atau hubungi 03- 8736 2255 sekarang.

SETIA ALAMSARI WELCOME CENTRE
Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat: 9.00am – 6.00pm
Sabtu/Cuti Umum: 10.00am – 6.00pm

Alamat:
Setia Alamsari Welcome Centre
2, Setia Alamsari Welcome Centre,
1, Jln Alam Sari, 43000 Kajang, Selangor